Permainan
Tradisional Melayu
Sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya
dan kesenian, masyarakat Melayu sudah pasti mempunyai pelbagai permainan
tradisional yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang
selanjutnya sehingga hari ini. Permainan tradisional tidak dapat dipisahkan
daripada masyarakat Melayu kerana sudah dimainkan dari zaman nenek moyang kita
dahulu sebagai hiburan dalam kehidupan sehari-hari mereka.
Permainan tradisional Melayu kebanyakan dimainkan
secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat orang Melayu yang suka hidup
berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam
masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional yang boleh dimainkan secara
perseorangan.
Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja
dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat
Melayu, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di
kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan
tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang
bijak untuk memenangi permainan itu.
1. Silat
Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman
berzaman. Ianya sinonim dengan masyarakat Melayu serantau seperti di Malaysia,
Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya. Seni pertahanan diri Melayu ini juga merupakan sejenis sukan dan juga satu
bentuk tarian. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi
bangsa Melayu atau di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau
dan telah wujud di rantau ini sejak berkurun lamanya, memaparkan
gerak badan yang lancar yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mengelirukan
lawan.
Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia
beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Bersilat dapat
meningkatkan kekuatan rohani sejajar dengan prinsip Islam yang dipraktikkan. Seni
silat, yang lazimnya diiringi paluan gendang dan gong, biasanya dipersembahkan
di majlis perkahwinan serta acara perayaan masyarakat Melayu di rantau ini.
2. sepat raga
permainan sepak raga telah sejak zaman kesultanan melayu melaka. pada masa itu permainan ini di mainkan oleh golongan bagsawan rakyat biasa juga menggemari permainan ini pada masi sekrang sepak ranga lebih di kenal denga nama sekap takraw. ia bukan hanya dimainkan oleh melayu tetapi bangsa lain malah telah dikenali di seluruh bola sepak raga di perbuat dari bilah-bilah rotan yang di anyam butal seperti raga sebar isi buah kelapa dua atau tiga lapis permainan ini dimulakan dengan salah satu seorang pemain melambung bola kepada rakannya sebelum menendang ke arah permain lain pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supa tidak jauh ke bumi . jika jatuh ke bumu maka permainan dikatakan udah selesai.
3. Congkak
Congkak merupakan
sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar
telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu
ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal dari pada dunia Afrika
atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti
tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National
Geographic menjumpai kepingan batu kapur yangmempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dalam permainan
tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah
congkak.Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di
atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca,
buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan
congkak hanya boleh dimainkan oleh dua
orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 . lubang yang dipanggil
"kampung". Terdapatdua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari
kayu hutan sepertimerbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan
congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangkadan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
4. Wau
Wau
adalah sejenis laying-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur
Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Wau juga masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.
Berbagai
jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,
wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau
barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Ianya
dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi. Wau yang direka
dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan
tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati.
Pada
kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin
bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya
matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
5. Wayang Kulit
Wayang
kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung
yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing) yang diukir halus
dan dicat tangan. Setiap patung mempunyai rupa dan bentuk watak manusia yang
tersendiri, dan mempunyai bahagian tangan dan kaki yang bersendi. Pertunjukan
wayang kulit.
Wayang
Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui
Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur
lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara
watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.