Blogger templates

Pages

Selasa, 19 November 2013

permainan tradisional suka malayu

Permainan Tradisional Melayu
Sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan kesenian, masyarakat Melayu sudah pasti mempunyai pelbagai permainan tradisional yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya sehingga hari ini. Permainan tradisional tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu kerana sudah dimainkan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai hiburan dalam kehidupan sehari-hari mereka.
Permainan tradisional Melayu kebanyakan dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat orang Melayu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional yang boleh dimainkan secara perseorangan.
Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat Melayu, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu.

1. Silat
Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Ianya sinonim dengan masyarakat Melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya. Seni pertahanan diri Melayu ini juga merupakan sejenis sukan dan juga satu bentuk tarian. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau  di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan telah wujud di rantau  ini sejak berkurun  lamanya, memaparkan gerak badan yang lancar yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mengelirukan lawan.
Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Bersilat dapat meningkatkan kekuatan rohani sejajar dengan prinsip Islam yang dipraktikkan. Seni silat, yang lazimnya diiringi paluan gendang dan gong, biasanya dipersembahkan di majlis perkahwinan serta acara perayaan masyarakat Melayu di rantau ini.

2. sepat raga
permainan sepak raga telah sejak zaman kesultanan melayu melaka. pada masa itu permainan ini di mainkan oleh golongan bagsawan rakyat biasa juga menggemari permainan ini pada masi sekrang sepak ranga lebih di kenal denga nama sekap takraw. ia bukan hanya dimainkan oleh melayu tetapi bangsa lain malah telah dikenali di seluruh bola sepak raga di perbuat dari bilah-bilah rotan yang di anyam butal seperti raga sebar isi buah kelapa dua atau tiga lapis permainan ini dimulakan dengan salah satu seorang pemain melambung bola kepada rakannya sebelum menendang ke arah permain lain pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supa tidak jauh ke bumi . jika jatuh ke bumu maka permainan dikatakan udah selesai.


3. Congkak 
Congkak  merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal dari pada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yangmempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak.Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 . lubang yang dipanggil "kampung". Terdapatdua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan sepertimerbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangkadan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

4. Wau 
Wau adalah sejenis laying-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Wau juga masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Ianya dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi. Wau yang direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati. 
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.


5. Wayang Kulit 
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing) yang diukir halus dan dicat tangan. Setiap patung mempunyai rupa dan bentuk watak manusia yang tersendiri, dan mempunyai bahagian tangan dan kaki yang bersendi. Pertunjukan wayang kulit.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar